top of page
Search

Kem Pemantapan Organisasi

  • Writer: Exco Publisiti Dan Multimedia
    Exco Publisiti Dan Multimedia
  • Oct 19, 2014
  • 1 min read

10469900_1478943429053434_644640098010207823_n.jpg

1780722_1478943242386786_4526777095183984449_n.jpg

1782024_1478943275720116_6829539761823941925_n.jpg

10153097_1478943015720142_7139489124680291461_n.jpg

Kem Pemantapan Organisasi (KPO) telah diadakan pada 18 & 19 Oktober 2014 di Biotech 1, FBSB. Pengarah bagi program ini ialah Muhd Nasir bin Kapunan merangkap Timbalan Presiden Biomix. Program ini melibatkan kesemua Ahli Jawatankuasa BioMIX lantas bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kemahiran kepada semua Ahli Jawatankuasa BioMIX mengenai sesebuah organisasi.

Menerusi kursus ini, ia akan melahirkan pelajar yang mantap dan berpengetahuan luas dalam menguruskan sesuatu organisasi. Selain itu, Kursus Pemantapan Organisasi BioMIX dapat mencapai objektif yang telah disenaraikan dengan jayanya dan dimanfaatkan oleh setiap Ahli Jawatankuasa. Hubungan silaturahim antara AJK BioMIX dan pihak pengurusan juga dapat dieratkan lagi melalui aktiviti yang dijalankan.

Di samping mengeratkan hubungan, Kursus Pemantapan Organisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para AJK BioMIX untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang yang boleh dimanfaatkan pada masa hadapan. Ini kerana mahasiswa merupakan aset yang penting dan pelapis pada masa hadapan dalam menerajui tampuk pemerintahan negara. Kursus Pemantapan Organisasi ini diadakan untuk membantu peserta mempelajari dan memahami cara pengurusan organisasi dan prosedur pelaksanaan aktiviti di universiti seiring dengan objektif program. Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki ini bukan sahaja dapat dijadikan modal insan malah dapat dijadikan panduan yang berguna pada masa akan datang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah LDK dan juga Bengkel Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi.


 
 
 

Comments


Pengumuman

Terbaru

Ikuti kami

Arkib

  • Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • Instagram Social Icon

Pejabat Timbalan Dekan dan HEP,

Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul,

Universiti Putra Malaysia,

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Biomix UPM- Official

biomix_upm_official

BioMIX_upm_official

© 2015 by BioMIX.

Proudly created with Wix.com 

bottom of page