top of page



PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI
FAKULTI BIOTEKNOLOGI & SAINS BIOMOLEKUL
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PERSATUAN BioMIX

Persatuan Mahasiswa Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul atau singkatannya BioMIX adalah persatuan yang ditubuhkan bertujuan untuk mewakili semua pelajar yang bernaung di bawah Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) di UPM.
Ia juga bertujuan sebagai sebuah organisasi lengkap bagi pelajar fakulti ini dengan menjalankan aktiviti yang bercorakkan akademik dan sahsiah yang seterusnya dapat menaikkan taraf berpersatuan dan keorganisasian para pelajar. Selain itu, persatuan ini juga menjadi perantaraan yang khusus antara pelajar dan pensyarah FBSB, juga memelihara hak dan kepentingan, kebajikan serta kehormatan pelajar FBSB.
Akhir sekali, persatuan ini juga bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan sama ada di dalam atau di luar UPM yang mempunyai dasar atau tujuan yang sama dengan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.
Menjadi sebuah organisasi yang proaktif dan dapat membentuk mahasiswa holistik; yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah.
VISI
-
Merancang dan melaksanakan program-program berimpak tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan sahsiah dan akademik mahasiswa Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul
-
Bertindak sebagai antara medium yang utama dalam penyaluran maklumat berkaitan fakulti dan universiti.
-
Memperkukuhkan hubungan dan membina jaringan antara persatuan-persatuan mahasiswa fakulti dan juga organisasi-organisasi lain di UPM.
MISI
MOTTO
"Intelektual Bermatlamat"
-
Mewakili semua pelajar ijazah sarjana muda yang bernanung di bawah Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.
-
Mewujudkan sebuah organisasi lengkap bagi pelajar Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.
-
Menjalankan aktiviti yang bercorak akademik dan sahsiah yang dapat menaikkan taraf berpersatuan dan keorganisasian.
-
Memelihara hak dan kepentingan, kebajikan dan kehormatan pelajar Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.
-
Menjadi perantara yang khusus antara pelajar dan pihak pengurusan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.
Semua pelajar pra-siswazah yang berdaftar untuk mengikuti program pengajian di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul :
-
Pelajar program Bacelor Sains (K) Bioteknologi
-
Pelajar program Bacelor Sains (K) Mikrobiologi
-
Pelajar program Bacelor Sains (K) Biokimia
-
Pelajar program Bacelor Sains (K) Biologi Sel dan Molekul
secara automatik menjadi ahli
KEAHLIAN
OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB
-
Mencalon dan mengundi calon sebagai Majlis Eksekutif Persatuan ketika Mesyuarat Agung Tahunan
-
Mencadangkan aktiviti untuk dijalankan oleh persatuan
-
Menggunakan kemudahan yang terdapat di FBSB dengan mendapat keizinan dari pengurusan fakulti dan persatuan
-
Menjadi Ahli Jawatankuasa aktiviti dan menyertai aktiviti yang dijalankan oleh persatuan.
-
Semua ahli persatuan/kelab hendaklah;
1. Menjaga nama baik persatuan/kelab.
2. Menghormati dan patuh kepada perlembagaan dan syarat-syarat persatuan/kelab.
HAK DAN TANGGUNGJAWAB AHLI
bottom of page